Friday, December 11, 2009

Bola Sepak Gugusan Kalumpang


Tahniah Pemuda Kalumpang berjaya anjurkan kejohanan ini yang berkonsepkan 1Malaysia.














Thursday, December 10, 2009

Ziarah Pemuda PRIHATIN

Ziarah Pemuda PRIHATIN menumpukan lawatan PPUBHS ke rumah-rumah pemuda disekitar Hulu Selangor yang mengalami masalah dari segi kesihatan dan kekurangan bantuan dari skop kemudahan asas.





Antara rakan AJK PPUBHS yang hadir dan menyertai..terima kasih



Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bhgn Hulu Selangor

Pada 18 & 19 July 2009 melalui Biro Sukan Pemuda ynag diketuai oleh Sdra Adha, Pihak PPUBHS telah menganjurkan kejohanan bolasepak piala Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Alhamdulilah penyertaan dan penganjurannya begitu hebat sekali.Terima Kasih semua,Jasa anda saya hargai...










Koleksi Gambar Rakan-Rakan Pemimpin

Saya pamerkan disini koleksi gambar -gambar yang sempat dirakamkan bersama rakan-rakan pemimpin yang saya temui sepanjang perjuangan . InsyaAllah gambar-gambar yang lain akan menyusul...watch out guys..


A) PPUBHS bersama Dato Mukhriz Mahathir di PRK Kuala Terengganu sekitar januari 2009.
B) Dato Razali Ibrahim sempat menziarahi kami di Hulu Selangor.Gambar ini dirakam ketika beliau sempat singgah untuk makan tengahari dirumah sahabat saya, Sdra Yusri Ishak, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor.

c)Ds Dr Mohd Khir Toyo, sempat saya bergambar setelah selesai rancangan hujah di tv9 sekitar febuari 2009.Turut bersama saya ahli pemuda UMNO Hulu Selangor dan Pengerusi Putera ,Sdra Amru Ziad (Baju Hijau).

D)Mugilan, Naib Ketua Pemuda MIC Kebangsaan ,merangkap KP MIC Hulu Selangor.Mugilan memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang saya diamanahkan memikul tugas KP, Thanks Bro.
E) DS Reezal Merican Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia ketika menziarah kami di rumah saya awal tahun 2009.







Pasukan Bolasepak Pemuda UMNO Hulu Selangor

Keratan dari akhbar sinar julai 2009 sewaktu kami mengadakan perlawanan sulung bersama pasukan perodua Pentadbiran
Oh ya, antara keseronokan dan hiburan saya waktu remaja dahulu adalah bolasepak.Di Hulu Selangor pasukan yang sering saya sertai adalah pasukan kampung saya, Kg Sentosa yang kami namakan FALAKAM F.C.Kini setelah diamanahkan memegang jawatan Ketua Pemuda pastinya saya wujudkan pasukan bolasepak pemuda UMNO Hulu Selangor.Atas faktor kesibukan dan usia, saya kini aktif juga bermain futsal dan pasukan ini juga terarah kepada itu..Futsal..jika berminat untuk menentang pasukan Pemuda UMNO Hulu Selangor bolehlah berhubung dengan saya..hehehehe..itupun kalau sudah cukup latihan..

Minda Budiman di Hulu Selangor

Sahabat saya Saudara Budiman Zohdi( KP Sg Besar) telah hadir memberikan suntikan semangat buat rakan-rakan Pemuda di Hulu Selangor ini.Budiman yang juga mempunyai Blognya.."Minda Budiman".. sendiri dan merupakan antara blog yang saya cukup minati kerana isi dan kupasannya yang tersendiri.

Bersama Faizal, Yusri dan Budi.

Lawatan Kerja Pemuda UMNO Hulu Selangor Ke Kolej Komuniti Hulu Selangor

Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor (PPUBHS) ucapkan terima kasih pada Pengarah Kolej Komuniti Hulu Selangor En Roslan Saidin dan para pegawai dikolej komuniti kerana memberikan layanan dan info yang sangat baik sewaktu kunjungan kami tempohari.InsyaAllah apa yang kami peroleh akan cuba kami manfaatkan khususnya buat semua belia di Hulu Selangor, InsyaAllah.

Perbincangan dengan Tuan Pengarah, En Roslan Saidin

Melawat ke salah sebuah makmal/kelas elektronik

Menyampaikan Plak PPUBHS buat Kolej Komuniti Hulu Selangor