Tuesday, January 12, 2010

Kejayaan Pemuda UMNO Hulu Selangor di program Juara Rakyat



Tahniah diucapkan kepada saudara Faizal Sarehan yang berjaya menewaskan 15 peserta dalam pertandingan pidato 1Malaysia yang diadakan pada program juara rakyat tempoh hari.Buat makluman semua Faizal yang juga merupakan Penolong Bendahari Pemuda UMNO Hulu Selangor telah meraih tempat ke-3 dalam pertandingan syarahan tersebut namun kejayaan beliau mengharumkan nama pemudaUMNO hulu Selangor amat dihargai oleh saya dan rakan-rakan dalam pemuda.Tahniah Bro!


Tahniah juga kepada Sahabat saya,Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor Yusri Ishak dimana gerai nasi lemak 1Malaysia yang diusahakan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan antara gerai makanan yang menyertai program juara rakyat pada kali ini.Kehebatan nasi lemak 1malaysia yang diusahakan yusri juga dirasai oleh 2 pimpinan pemuda yakni YB KJ dan Dato Razali Ibrahim.

Gambar disekitar Futsal Juara Rakyat
















Futsal Juara Rakyat Bersama YB KJ


Hari ahad bersamaan 10/01/2010,pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama dari Pemuda Selangor dan Hulu Selangor telah mengadakan pertandingan futsal diatas jalanan bertempat di program juara rakyat Bukit Sentosa.YB KJ selaku Ketua Pemuda Kebangsaan telah merasmikan upacara sepak mula pada pagi pertandingan tersebut dimana pertandingan tersebut di sertai oleh seramai 64 pasukan tempatan dari daerah Hulu Selangor sahaja.Selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami pemuda Hulu Selangor atas kesudian YB KJ, Exco-exco Pemuda Malaysia , Pimpinan Pemuda UMNO negeri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan Futsal UMNO juara rakyat.

Saturday, January 9, 2010

UMNO JUARA RAKYAT HARI (ii)

Pemandangan di Pentas Utama
Setelah mendengar amanat PM minumdiRestoran JainulMaju,sebelah tapak ekspobersamarakan ajk pemuda yang hadir,thanks geng.Dari kiri Adha, anuar, zaihan, hazri dan sham saad.
Suasana di geraIi 1malaysia..untung berniaga ke NKP......
Petang bersama YB Menteri Kewangan ke 2 dan pimpinan bahagaian melawat rumah anak yatim di anggerik 4a bukit beruntung. Bersama YB Dato Mohd Idris Abu Bakar





Friday, January 8, 2010

UMNO Juara Rakyat Hari Pertama (i)

Rangkaian Gambar-gambar di Program Juara rakyat yang saya rakamkan buat pengunjung Sentosa. Dato Seri Shafie Apdal, Naib Presiden merangkap Menteri Luar Bandar melancarkan gerai-gerai IKS dipentas rakyat turut bersamaYB Ahmad Maslan dan YB Mohd Isa (ADUN NO7 Batang Kali)

Majalah 1 Pemuda yang kedapatan di gerai Pemuda UMNO Malaysia.Banyakinfo dan maklumat berhubung kerja-kerja Pemuda Kebangsaan di ketuai oleh YB KJ dimuatkan

Klinik kesihatn percuma, ..PERCUMA..PERCUMA...PERCUMA....benar-benarlah UMNO Juara Rakyat

Gerai Nasi Lemak 1Malaysia yang dipunyai oleh sahabat saya NKP Yusri Ishak, tuan-tuan perlu kunjung dan rasa keenakan aroma yang tersendiri.


2 rakan exco Saudara Izharuddin dan Sdra Wan Amoran (Tahniah wan baru dapat Baby)..apa juga yang dibelek-belek tue..beli aje le

Salah satu perkara yang membangkitkan nostalgia saya yakni kapal layar...hidup Barisan Nasional

Saya sempat menikmati buah durian yang terjual disini, harganya yang berpatutan dan kehebatan rasanya.





UMNO JUARA RAKYAT HARI PERTAMA

menurunkan tandatangan pelawat di gerai 1malaysia
Bersama Dr Novandri Hassan Basri, 120/85 tekanan darah saya.

Bos...Bersama KP Pemuda UMNO Negeri Selangor


Gambar-gambar dari lensa saya dan sempat saya ambil buat kenangan-kenangan di program UMNO Juara Rakyat hari pertama.



Thursday, January 7, 2010

MARI RAMAI-RAMAI TURUN HULU SELANGOR

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor mengalu-alukan kehadiran Presiden, Timbalan Presiden serta Jutaan tetamu yang datang ke daerah Hulu Selangor sempena program UMNO JUARA RAKYAT.SELAMAT DATANG!

Sunday, December 20, 2009

Futsal Pemuda UMNO Negeri Selangor di Sports Planet Subang jaya

Hari ini, saya mengetuai pasukan pilihan Ajk Pemuda Bahagian mengambil tempat dalam acara futsal merebut piala Dato Sri Noh Omar. Dilangsungkan di sports Planet futsal arena, Subang Jaya berjaya kami pasukan Hulu Selangor layak sehingga ke suku akhir kejohanan tersebut setelah tewas tipis dengan pasukan Pandan 2-1.Apa yang penting kami dari hulu selangor pada hari ini dapat berinteraksi dan bertukar pandangan mengenai segala hal dengan semua rakan-rakan di bahagian lain.Syabas Ketua Pemuda Negeri, Hj Suhaimi dan barisan AJK perlaksanaan program.
Hj Suhaimi menyampaikan cenderamata buat Dato Noh selepas perasmian.


Antara ketua-ketua pemuda bahagian yang hadir, disebelah saya adalah KP Hulu Langat.Azhar Hambali


Sharp Shotter........... Barisan ECXO Pemuda Bhgn Hulu Selangor yang menyertai, terima kasih pada semua rakan2 EXCO




Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah Buat Semua Saudara Islamku

1) Hijrah Menyeru Umat Islam Bersatu Padu-Panel Penulis Jakim
2) Hijrah Dan Pembangunan Insan-Panel Penulis Jakim
3)Berhijrah Kearah Penghayatan ajaran Islam-Panel Penulis Jakim

YB Khairy Jamaluddin:Pidato Rakyat Pentas Pemuda

Terimakasih kepada YB KJ, Lokman Adam dan MuzammilEshak atas kesudian memberikan pidato rakyat pentas pemuda UMNO Hulu Selangor juga buat seluruh tenaga kerja yang menjayakan program ini,Ternyata isu-isu yang diketengahkan telah membuka mata kita tentang kepincangan dan kegelojohan pembangkang yang memerintah selangor kini.InsyaAllah akan saya teruskan program ini demi memastikan sumber dan fakta yang sahih dapat di beritahu pada umum.



Wednesday, December 16, 2009

Majlis Perasmian Mesyuarat Belia Daerah (MBD)

Saya ucapakan tahniah buat MBD yang diketuai oleh sahabat saya Saudara Zulkarnain Abu Hanit@Amet atas kejayaan beliau menerajui pergerakan Belia didaerah Hulu Selangor ini.Penyelaras Persekutuan Parlimen Hulu Selangor, Dato G.Palanivel yang menjadi perasmi majlis perasmian ini juga mengucapkan syabas dan berharap agar belia Hulu Selangor ini lebih maju dan berdaya saing selain menjana kelahiran Belia-belia berkualiti didaerah ini.Sdra Mugilan dan Benliew juga sepakat dalam belia ini,Syabas Bro.. Kepada Majlis Belia Hulu Selangor ayuh kita bina belia yang berkualiti di Daerah kita InsyaAllah.Terima kasih pada atas jemputan ke majlis ini...Syabas dan terima kasih buat kalian.







Friday, December 11, 2009

Ziarah Pemuda Prihatin: Sg Choh

Terima kasih kepada En Rosli Kahan, Pengerusi JKKKP yang membantu PPUBHS dalam kunjugan ziarah pemuda prihatin ini.











Menerima Ahli UMNO Baru Bersama YB Isa.

Tahniah adik-adik kerana telah memilih parti yang sahih dalam perjuangan membela Agama, Bangsa dan Negara.


Lawatan Kerja ke Desa Melor melihat cerun merbahaya

Lawatan ke Desa Melor, Serendah.











Bersama Pemuda UMNO Gugusan Sg Choh

Taklimat dan penerangan hal-hal politik semasa









Perhimpunan Pemuda Kebangsaan 2008 & 2009

Selepas diamanahkan mengetuai Pemuda UMNO Hulu selangor, telah menjadi kewajipan saya untuk menghadiri PAU di PWTC.Inilah sebahagian koleksi gambar-gambar kenangan di PAU 2008 & 2009

(2008)
Dari kiri: Adha, Izharuddin, Yusri , Saya dan Norman Zahlan(KP Pulau Pinang)

( 2009)
Dari Kiri: Yusri, Mohamed Hatta, Jefrin dan Saya

Piala YB Isa.

Kejohanan Bolasepak Piala YB Mohd Isa Abu Kassim( Bekas bos saya masa pemuda), ADUN Batang Kali,merupakan antara kejohanan yang amat diminati oleh warga Hulu Selangor.Dimulakan pada tahun 2008 dan jika ikut perancangan akan diadakan setiap tahun..Syabas Bos...hehehee

Sahabat saya, NKP Hulu Selangor bersama YB Mohd Isa, ADUN Batang Kali
Bergambar bersama pemenang...boleh le belanja saya...ahaks.. Saya dan Yusri memberikan sumbangan cenderahati buat pengadil perlawanan En Khalid.